Friday, May 12, 2006

Kepada Seorang Yang Terhebat

Setiap kali aku teringatkan kau pasti aku sebak. Perasaan rindu yang teramat mendalam menular-nular di ruang hati. Sudah hampir setahun kau pergi. Banyak telah berubah. Melihat foto-foto lama buat aku teringat setiap kata-kata kau, nasihat, gurauan, sindiran mahupun makian, berlumba-lumba masuk ke dalam kotak fikiranku. Secara tak sedar, akhirnya menitis juga air mata. Terngiang-ngiang suara kau sejak perbualan terakhir kita diluar beranda. Susah senang kita lalui bersama. Impian kita bersama tidak akan mati.

Terlalu banyak yang aku ingin perkatakan. Aku mahu minta ampun kerana telah banyak menyusahkan kau, kerana kau bersusah-payah ambil berat tentang aku, kerana aku perlekehkan persahabatan kita, kerana aku tidak sempat kucup jenazah kau. Aku halalkan makan, minum kau. Aku juga berharap kau juga begitu, halalkan makan minum aku.

Aku mahu kau tahu, walaupun sedekat berlalu, kau takkan dilupakan. Aku telah bina sebuah tempat disudut hati, khas buat kau. Mungkin aku akan ceritakan kepada anak cucu bertapa istimewanya persahabatan kita. Nama kau berada dalam setiap doa-doaku. Semoga Maha Esa menempatkan kau bersama roh orang-orang beriman. Insyaallah.

Aku bersyukur kehadrat Ilahi, jalan hidup kita bertembung. Terima kasih kerana teman aku dalam hidup ini. Terima kasih kerana menjadi seorang sahabat yang paling rapat. Kau berada dalam hatiku sentiasa.

Sehingga kita bertemu lagi di hari kemudian. Selamat tinggal.

Khairul Effendy B. Mohamad 15 April 1984 - 25 Julai 2005

2 comments:

abdul hadi said...

apeng.. kalau ada rezeki, kita pasti akan jumpa dia di daerah sana.. aku pun turut rasa apa yang kau rasa.. terkilan, sesal, sedih, kecundang.. mengalir air mata aku peng.. baca ni.. sekian.. "death really do us apart"

Ahmad Khairi Anuar said...

sama-sama lah kita sedekah al-fatihah kepada arwah