Saturday, May 20, 2006

Fikiran Songsang dan Drama Karut : kirim balas bahagian 3

Tayangan Teater Tamat

Sampai disini sahaja bualan tulisan. Terimalah pantulan itu tak sama, jangan pecahkan cermin tak rata. Ingat tujuan. Ruang ini untuk sendiri. Untuk dunia? Itu kehendak sendiri. Pantulan lepas jadi pegangan, jadi pengalaman, jadi pengajaran, jadi diri sekarang. Tak harus diabaikan. Jangan dilupakan pokok pangkal asal usul. Bukan puisi diketengahkan, tiada apa yang jadi pertukaran. Cuma rasa curiga, lahir disana. Disni hanya ada panggung teater, tayangkan cerita apa saja selagi suka. Penyudahan kata-kata dari songsang dan tukang karut.

"Nilai sesebuah seni bergantung kepada kepuasan diri yang menciptanya"

Salam puisi alam teater drama emosi

1 comment:

HaFiDz ByLz @ Ude @ ToBey said...

sungguh tak disangka sekali, begini kamu orangya. suka menulis dlm bahasa ibunda dgn cantik dan tersusun sekali. kagum!