Friday, April 28, 2006

Senyum Manis Untuk Aku

Pementasan sebuah drama yang penuh emosi diiringi dengan naik turun muzik okestra. Terang dengan warna-warna yang sangat abstrak. Suka dan duka terlihat pada riak wajah muka para penonton. Gelak ketawa berdekah-dekah, bingitkan suasana. Seketika pula sunyi sepi, tahan sebak. Merah mata menahan tangisan. Diakhiri pula dengan penyudahan kata-kata yang tergantung. Buat hati tertanya-tanya. Jadikan metafora untuk semua.

"Ambil foto ketika sedang bersenyum, mungkin ia akan tahan selamanya"

Diri goyah, buat susah jadi terolah. Serupa tak payah. Buat letih sahaja. Tapi pelik, tak sanggup untuk mengalah sekarang. Cuba selagi ada. Penat, lelah tak ambil kira. Berjaya atau tidak, belakang cerita. Bangun dari mimpi. Ini bukan kosong. Jangan melopong. Lari, lari sampai mati takkan sampai ke bintang. Terperangkap bagai ikan emas dalam balang. Memang bernasib malang tapi sangat tenang.

Saturday, April 22, 2006

Cintaku Yang Teratas


Aku kagum melihat bunga orkid diluar rumah. Subur dan mekar. Keunguan yang menawan dengan keanggunan kesagaran. Taksub aku melihat. Buat aku memuji keindahan dan keunikan ukiran Ilahi. Terdetik disudut hatiku, Allahuakbar.

Aku jarang meluangkan masa untuk-Nya. Aku mengaku. Banyak masaku dihabiskan dengan perkara keduniaan. Siapalah aku? Seorang hamba yang lupa daratan. Berlagak bagai nak rak, tak sedar diri! Begitu hina diriku.

Tapi aku bersyukur. Aku masih tidak melampaui tahap garisan itu. Aku masih ingat siapa tuhanku. Tiada tuhan melainkan-Nya. Satu-satunya tuhan yang aku berserah. Mungkin ada sedikit cahaya keimanan dalam diriku. Aku tidak mahu sesat entah kemana. Sedaya-upaya aku mengikut panduan tetap hadis dan sunnah. Aku tidak mahu hilang kepercayaan. Tidak ingin hilang arah.

Buat jahat bukan main senang lagi. Bila nak buat baik, terasa berat sungguh. Pintu taubat masih lagi terbuka. Jangan lambat nanti masuk neraka. Syukur Alhamdulillah, aku dapat lagi berfikir dan menaakul.

Sunday, April 16, 2006

Semalam, Hari Ini, Esok dan Lusa

Aku terasa sunyi hari ini. Kesorangan dan kebosanan yang melampau. Terlalu ramai kenalan sehingga aku menjadi sorang. Aku mahu sesuatu yang baru. Aku perlukan perubahan.

Tetapi aku sangat malas untuk memulakan suatu anjakan. Malas, letih dan tak kuasa aku untuk bermula kerana hasilnya sudah pasti sama. Alasan demi alasan muncul dalam benak fikiranku semata-mata untuk berdalih dengan diri sendiri. Bersuara dan menyatakan hak bukanlah aku. Mungkin bukan sekarang. Aku simpan untuk esok lusa.

Kesepian ini membuatkan aku teringat kisah silamku. Ketawa sampai esok pagi, ketepikan semua masalah dan kalau bersalah, senang! buat tak tahu. Apa nak malu. Yang penting seronok, seronok, seronok. Tak pernah cukup dengan kemewahan. Nak senang, senang lagi. Menghabiskan duit mak bapak. Degil macam setan. Setakat kene rotan, apa ade hal.

Tapi itu cerita dulu. Sekarang dah lain. Keutamaan dah beralih. Umur makin tua, hidup semakin mencabar. Lambat kene tinggal, kalau cepat kene kutuk. Masing-masing ade tanggungjawab tersendiri. Aku rindu saat zaman kanak-kanakku. Teringin hendak kembali saat itu. Tak mahu jadi dewasa. Terkenang ...

Saturday, April 15, 2006



"I really, really wish I was somewhere else"
- Razorlight -