Aku terasa sunyi hari ini. Kesorangan dan kebosanan yang melampau. Terlalu ramai kenalan sehingga aku menjadi sorang. Aku mahu sesuatu yang baru. Aku perlukan perubahan.
Tetapi aku sangat malas untuk memulakan suatu anjakan. Malas, letih dan tak kuasa aku untuk bermula kerana hasilnya sudah pasti sama. Alasan demi alasan muncul dalam benak fikiranku semata-mata untuk berdalih dengan diri sendiri. Bersuara dan menyatakan hak bukanlah aku. Mungkin bukan sekarang. Aku simpan untuk esok lusa.
Kesepian ini membuatkan aku teringat kisah silamku. Ketawa sampai esok pagi, ketepikan semua masalah dan kalau bersalah, senang! buat tak tahu. Apa nak malu. Yang penting seronok, seronok, seronok. Tak pernah cukup dengan kemewahan. Nak senang, senang lagi. Menghabiskan duit mak bapak. Degil macam setan. Setakat kene rotan, apa ade hal.
Tapi itu cerita dulu. Sekarang dah lain. Keutamaan dah beralih. Umur makin tua, hidup semakin mencabar. Lambat kene tinggal, kalau cepat kene kutuk. Masing-masing ade tanggungjawab tersendiri. Aku rindu saat zaman kanak-kanakku. Teringin hendak kembali saat itu. Tak mahu jadi dewasa. Terkenang ...
Sunday, April 16, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment