Friday, December 30, 2005

Dunia Baru Yang Tersendiri

Dunia baru : satu tempat untuk lari dari dunia-dunia lain. Melepak, tengok wayang, pergi gig, makan, minum dan tidur dengan dunia baru. Dipandang tinggi, dianggap wira oleh dunia baru walaupun hakikat sebernarnya tidak.
Sangat seronok sehinggakan sudah biasa, lali biarpun berhari-hari bersama dunia baru. Lagi hebat dari dunia realiti dan lagi indah dari dunia fantasi.Mahu rasa dunia baru yang entah mana harus dicarinya. Adakah dunia baru yang akan datang mencari?
Belum bersedia untuk bertemu dengan dunia baru. Belum bersedia atau takut? tidak yakin, takut dihampakan? malu atau bodoh?Bermacam-macam lagi perasaan. Satu perasaan timbul mengatasi semua yang lain iaitu perasaan yang ingin yang amat memuncak.