Friday, May 19, 2006

Tulisan Perasaan

Ini bukan warisan. Ini aku yang simpan
Mungkin diceritakan. Tapi hanya aku yang rasakan.
Impian dan harapan. Jangan pernah dikecewakan.
Emosi dan luahan, terjemahan dalam tulisan.
Berkisah tentang kerpercayaan. Tentang percintaan.

Bawa aku terbang, tinggalkan tempat ini.
Aku sudah bosan. Mana kau wahai suria angelika.
Pasti bersama. Senyum padaku dalam mimpimu.

Ambil tanganku, terokai dunia bersama.
Ilustrasikan wajah cinta. Tunggu kehadiranmu.

Lihat bintang-bintang, pasangkan niat.
Langkah aku sangat berat. Aku jadi statik.
Masih ada sedikit cahaya dalam kegelapan.
Berikan aku peluang. Aku ingin pulang.
Merayu pada-Mu yang satu.

Buang jika sudah muak. Tinggal jika sudah luak.
Rela aku daripada diteaterkan. Aku tak sanggup.
Jauhkan hati ini. Hidupmu dalam pendustaan.
Cemburu. Karma jatuh jelas menonjol.
Kau diam, langsung tak bersuara.

Entah kemana. Angan setinggi awan.
Sapa diri. Lihat cermin. Gelagat lucu.
Berjalan malas. Basah kene hujan.
Esok lupa bawa payung. Kebetulan mendung.
Terima dengan seadanya. Wujudkan usaha.

Perhatikan dihari kemudian. Lahirkan kemampuan.
Jangan dikecewakan. Jangan dihampakan.
Satu janji yang harus dikotakan. Buat aku seorang.

Thursday, May 18, 2006

Foto-foto Kenangan

Antara foto-foto kenangan bersama arwah Khairul Effendy B. Mohamad (panjang).

1. ...Gombak, Teratai Mewah : Man Karak, arwah, Shah
2. ...Gombak, Kolej Islam Antarabangsa: arwah dan Daus
3. ...Gombak, Kolej Islam Antarabangsa: Shah, arwah, aku
4. ...Gombak,17-10-19: arwah, Wan Super, Shah Raub, Shah
5. ...Raub, Pahang: Daus, pusara arwah
6. ...Kuala Lumpur, Paul's Place: arwah dan aku

Takkan aku lupa persahabatan kita.

p/s: Terima kasih kepada Bob Hadi atas kiriman foto-foto ini.

Friday, May 12, 2006

Kepada Seorang Yang Terhebat

Setiap kali aku teringatkan kau pasti aku sebak. Perasaan rindu yang teramat mendalam menular-nular di ruang hati. Sudah hampir setahun kau pergi. Banyak telah berubah. Melihat foto-foto lama buat aku teringat setiap kata-kata kau, nasihat, gurauan, sindiran mahupun makian, berlumba-lumba masuk ke dalam kotak fikiranku. Secara tak sedar, akhirnya menitis juga air mata. Terngiang-ngiang suara kau sejak perbualan terakhir kita diluar beranda. Susah senang kita lalui bersama. Impian kita bersama tidak akan mati.

Terlalu banyak yang aku ingin perkatakan. Aku mahu minta ampun kerana telah banyak menyusahkan kau, kerana kau bersusah-payah ambil berat tentang aku, kerana aku perlekehkan persahabatan kita, kerana aku tidak sempat kucup jenazah kau. Aku halalkan makan, minum kau. Aku juga berharap kau juga begitu, halalkan makan minum aku.

Aku mahu kau tahu, walaupun sedekat berlalu, kau takkan dilupakan. Aku telah bina sebuah tempat disudut hati, khas buat kau. Mungkin aku akan ceritakan kepada anak cucu bertapa istimewanya persahabatan kita. Nama kau berada dalam setiap doa-doaku. Semoga Maha Esa menempatkan kau bersama roh orang-orang beriman. Insyaallah.

Aku bersyukur kehadrat Ilahi, jalan hidup kita bertembung. Terima kasih kerana teman aku dalam hidup ini. Terima kasih kerana menjadi seorang sahabat yang paling rapat. Kau berada dalam hatiku sentiasa.

Sehingga kita bertemu lagi di hari kemudian. Selamat tinggal.

Khairul Effendy B. Mohamad 15 April 1984 - 25 Julai 2005

Tuesday, May 09, 2006

Khas Buat Kau

Dahulu :
Kita sangat rapat. Berkawan baik.. Pergi mana-mana mesti sama-sama. Kau cerita segala masalah pada aku. Sedaya-upaya aku bantu. Begitu juga aku. Kau tolong selagi mampu. Marah bila orang cakap buruk tentang kau. Kita kongsi minat yang sama. Buat ape yang kita suka. Setuju dengan apa saja. Tak pernah terlintas sangka buruk. Hati aku, kau jaga. Tak boleh tengok kau bermuram, aku jadi kusut. Tak pernah bosan lepak dengan kau tiap-tiap hari. Ada sahaja perbualan kita. Kata-kata aku, kau terima. Pendapat kau aku sokong. Aku faham kau, kau faham aku. Aku sangat menghargai persahabatan kita.

Sekarang :
Aku jarang bersama kau. Sibuk dengan kerja lain. Hal aku kau tak ambil tahu. Bila aku tanya hal kau, kau jawab, aku suka campur hal kau. Keluar kemana-mana tak ajak aku, biarpun kau kesorangan. Ada masalah kau simpan. Impian dan cita-cita musnah. Mungkin kau ada sebab. Tapi tak ada sebab untuk kau lari daripada aku. Aku jadi tak kenal siapa kau. Makin hari naik muak dengan kebudak-budakan yang melampau. Kau bosan? Aku lagi bosan! Kau hina aku depan orang. Kau jaja rahsia-rahsia aku. Sedikit pun aku tak kisah. Kau anggap ini persaingan. Aku jemu lepak bersama kau. Kosong, tiada apa yang hendak diperkatakan lagi.

Persoalan :
Aku ataupun kau yang sudah berubah?

Harapan :
Walaupun persahabatan kita renggang, dingin dan terputus, aku tetap kawan kau. Mungkin bukan lagi kawan baik tapi cukup sekadar seorang kawan. Memang aku tak mahu kehilangan seorang kawan. Aku maafkan segala salah silap kau dan aku harap kau ampunkan salah silah aku terhadap kau.

Friday, May 05, 2006

Mimpi Seorang Pemimpi

Sadarku terbang melayang dibawa arus khayalan. Ghairah aku melayan imaginasi. Fantasi, indah, terlalu indah. Lalai, leka melayari dunia ecstasy. Kusyuk, aku hayati kecantikan alam fana ini. Teringin aku bawa ke hidup nyata. Boleh aku kongsi dengan orang lain. Tunjuk mereka keserian fantasia ini. Gembira bersama.
Akhirnya mimpi tetap mimpi. Takkan ubah ke reality. Jadi selama ini, aku masih bermimpi dengan harapan. Dan sememangnya, mengharapkan sesuatu adalah sesuatu yang kurang enak. Pasrah, aku manusia juga. Penuh dengan harapan dan keraguan, punca tidak berputus asa dan terus mengalah. Adalah naluri seorang insan untuk berharap dan memasang cita-cita. Dan aku juga tidak terkecuali.
"Setiap orang adalah mimpi seseorang"

Wednesday, May 03, 2006

Tolak Sampai Lebam

Masih jauh lagi. Tangan sudah ketar-ketar. Kuyup badan dengan peluh. Abaikan perut lapar. Tekak kering, haus, terbayang teh ais. Tengok depan, jauh lagi. Apa-apa pun mesti teruskan. Nanti susah. Sedangkan semalam, duduk pun tak senang. Penat, aku tak tidur lagi. Kuliah, aku tinggalkan. Selagi tak selesai, selagi itulah aku tak tenteram. Panas, kiri-kanan lori besar, bahaya. Nasib baik ada kawan, tolong temankan. Malang... Memang patut pun. Padan muka! Mana taknya, buat kerja haram. Tuhan nak tunjuk. Aku letih, aku lapar, haus, aku perlukan tidur.