Sunday, November 26, 2006

Satu

Wujud atas dasar kepercayaan
Hasil dari sebuah pengorbanan
Terus mekar dengan sedikit harapan
Mebuahkan satu impian

Apabila dua tubuh berbeza berpeluk
Apabila dua pasang jemari asing mendakap
Apabila dua bibir berlainan berkucup
Apabila dua keinginan sama bertemu
Apabila dua hati bercantum erat
Apabila dua menjadi satu

Dua objek : hati bertemu dalam satu medium : kemestri yang membentuk sebuah hasil : percintaan yang bergantung kepada keadaan : masa

Wednesday, October 18, 2006

Patience Is Not A Virtue

Sharing is absulutely not caring when it comes to your siblings ~
Sometimes you got to do things on your own and become less dependent on others. Really, it's such a shame. Oh well, pity me ...

Wednesday, October 11, 2006

Tribunal Kata-kata Indah (dalam fikiranku, for now)

Aku ingin terbang. Sudikah kamu menjadi sayapku?

Kamu adalah fantasi terindahku yang terbit dalam keadaan realiti.

Aku mahu hentikan masa, biar kita sentiasa bercinta.

Kamu adalah mukasurat yang terakhir dalam cerita novel kegemaranku.

Aku hadiahkan kau secebis hatiku, agar hatimu berteman, tak sunyi keseorangan.

Dan maaf. Aku gagal menghalang diri daripada terus mencintai kamu.
Harus diakui bahawa diri kamu berada lebih jauh dari sebuah obsessi.


CAUTION!! : HANDLE WITH CARE : FRAGILE : ~HATI

Sunday, October 08, 2006

Cinta Itu Kejam

Mainkan aku lagu-lagu cinta yang paling ikhlas terus dari hati kerna itu yang membuatkan aku tersenyum~

Tuesday, August 15, 2006

Im Just Being Honest

Aku untuk menghayati sesebuah lukisan?
Sedangkan lukisan itu tidak istimewa buatku.
Aku untuk dengar musik keroncong?
Sedangkan aku memang langsung tiada minat.
Aku untuk tulis puisi semanis puitis?
Sedangkan kata-kata itu tidak dari hati sendiri.
Aku untuk mendalami seni?
Semata-mata untuk digelar kaki seni.


"Sekurang-kurangnya tak menipu diri sendiri"

Monday, August 14, 2006

A Tribute

Tinggalkan setitis dua air,
Aku sangat dahaga.
Malam ini kita mahu makan apa?
Sebungkus nasi dibahagi dua.

Hulurkan tangan, segan kenapa?
Sejauh mana tetap bersama.
Buka mata, usah leka,
Hilang arah aku sedia ada.

Jangan lupa orang yang tiada,
Jadi pengajaran untuk esok lusa.
Sampaikan salam pada semua,
Ikatan kasih sayang mesra.

"Perbezaan diantara kawan dan sahabat"

Kultus Haram Teratai Hitam Collective
17-10-19 crew