Sunday, May 28, 2006
Coretan Ringkas Buat Kau
Simpanlah hari semalam dalam ingatanmu. Jangan biarkan ia menghantui gerakmu.
Saturday, May 20, 2006
Fikiran Songsang dan Drama Karut : kirim balas bahagian 3
Sampai disini sahaja bualan tulisan. Terimalah pantulan itu tak sama, jangan pecahkan cermin tak rata. Ingat tujuan. Ruang ini untuk sendiri. Untuk dunia? Itu kehendak sendiri. Pantulan lepas jadi pegangan, jadi pengalaman, jadi pengajaran, jadi diri sekarang. Tak harus diabaikan. Jangan dilupakan pokok pangkal asal usul. Bukan puisi diketengahkan, tiada apa yang jadi pertukaran. Cuma rasa curiga, lahir disana. Disni hanya ada panggung teater, tayangkan cerita apa saja selagi suka. Penyudahan kata-kata dari songsang dan tukang karut.
Salam puisi alam teater drama emosi
Fikiran Songsang dan Drama Karut : kirim balas bahagian 2
Maaf, tiada kiasan disini ataupun sebelumnya. Maksudnya jelas. Isi yang nyata. Memang, pada mula berjanji ikut perasaan. Salah? Entah. Bukan persaingan niat dihati. Bukan kemenangan yang dicari. Jangan disalah tafsir, bukan mahu menonjol diri, hanya mahu jadi diri sendiri. Tukang karut? Mungkin bagi orang yang tak memahami. Beri peluang pada diri untuk melihat sekali lagi.
Setiap perkara wujud dengan persoalan. Kita dilahirkan untuk mempersoalkan persoalan. Tak salah. Jadi menarik. Teruskan. Semoga berjaya. "HANYA AKU" membawa seribu erti, bukan untuk orang lain tapi untuk sendiri. Terpulang pada kalian untuk mengerti. Tidak bermaksud sebuah harapan tapi lebih kepada sebuah impian.
*Aku tak punya kuasa untuk tentukan hari esokku, cuma dapat merancang. Tunggu dan lihat.
Fikiran Songsang dan Drama Karut : kirim balas bahagian 1
Perspektif orang berbeza. Buka minda. Jangan paksa. Ia datang dari hati terbuka bukan dari rasa curiga. Keindahan "art" bukan lahir dari keunikan tetapi indahnya lahir dari mata yang memandang dan hati yang merasa. Sejuta kata-kata tanpa isi jika tidak diselami.
Tak jemu dengar muzik kegemaran, tak bosan tatap benda yang sama. Hingga sudah jadi suara dalam otak, mana intro, mana outro. Jadi mana keistimewaannya? mana cabaranya? Seronok sendiri. Lihat cermin. Bangga. Mana kehidupan dalam semua ini? ~Tersorok dibawah hati yang tertutup? Terbang bersama ego?
Kawan A: Apsal tempat ni bosan gile babi?
Kawan B: Dah dalam otak ko rase bosan, memang la jadi bosan.
Friday, May 19, 2006
Tulisan Perasaan
Ini bukan warisan. Ini aku yang simpan
Mungkin diceritakan. Tapi hanya aku yang rasakan.
Impian dan harapan. Jangan pernah dikecewakan.
Emosi dan luahan, terjemahan dalam tulisan.
Berkisah tentang kerpercayaan. Tentang percintaan.
Bawa aku terbang, tinggalkan tempat ini.
Aku sudah bosan. Mana kau wahai suria angelika.
Pasti bersama. Senyum padaku dalam mimpimu.
Ambil tanganku, terokai dunia bersama.
Ilustrasikan wajah cinta. Tunggu kehadiranmu.
Lihat bintang-bintang, pasangkan niat.
Langkah aku sangat berat. Aku jadi statik.
Masih ada sedikit cahaya dalam kegelapan.
Berikan aku peluang. Aku ingin pulang.
Merayu pada-Mu yang satu.
Buang jika sudah muak. Tinggal jika sudah luak.
Rela aku daripada diteaterkan. Aku tak sanggup.
Jauhkan hati ini. Hidupmu dalam pendustaan.
Cemburu. Karma jatuh jelas menonjol.
Kau diam, langsung tak bersuara.
Entah kemana. Angan setinggi awan.
Sapa diri. Lihat cermin. Gelagat lucu.
Berjalan malas. Basah kene hujan.
Esok lupa bawa payung. Kebetulan mendung.
Terima dengan seadanya. Wujudkan usaha.
Perhatikan dihari kemudian. Lahirkan kemampuan.
Jangan dikecewakan. Jangan dihampakan.
Satu janji yang harus dikotakan. Buat aku seorang.
Thursday, May 18, 2006
Foto-foto Kenangan
Antara foto-foto kenangan bersama arwah Khairul Effendy B. Mohamad (panjang).1. ...Gombak, Teratai Mewah : Man Karak, arwah, Shah
2. ...Gombak, Kolej Islam Antarabangsa: arwah dan Daus
3. ...Gombak, Kolej Islam Antarabangsa: Shah, arwah, aku
4. ...Gombak,17-10-19: arwah, Wan Super, Shah Raub, Shah
5. ...Raub, Pahang: Daus, pusara arwah
6. ...Kuala Lumpur, Paul's Place: arwah dan aku
Takkan aku lupa persahabatan kita.
p/s: Terima kasih kepada Bob Hadi atas kiriman foto-foto ini.
Friday, May 12, 2006
Kepada Seorang Yang Terhebat
Terlalu banyak yang aku ingin perkatakan. Aku mahu minta ampun kerana telah banyak menyusahkan kau, kerana kau bersusah-payah ambil berat tentang aku, kerana aku perlekehkan persahabatan kita, kerana aku tidak sempat kucup jenazah kau. Aku halalkan makan, minum kau. Aku juga berharap kau juga begitu, halalkan makan minum aku.
Aku mahu kau tahu, walaupun sedekat berlalu, kau takkan dilupakan. Aku telah bina sebuah tempat disudut hati, khas buat kau. Mungkin aku akan ceritakan kepada anak cucu bertapa istimewanya persahabatan kita. Nama kau berada dalam setiap doa-doaku. Semoga Maha Esa menempatkan kau bersama roh orang-orang beriman. Insyaallah.
Aku bersyukur kehadrat Ilahi, jalan hidup kita bertembung. Terima kasih kerana teman aku dalam hidup ini. Terima kasih kerana menjadi seorang sahabat yang paling rapat. Kau berada dalam hatiku sentiasa.
Sehingga kita bertemu lagi di hari kemudian. Selamat tinggal.
Tuesday, May 09, 2006
Khas Buat Kau
Kita sangat rapat. Berkawan baik.. Pergi mana-mana mesti sama-sama. Kau cerita segala masalah pada aku. Sedaya-upaya aku bantu. Begitu juga aku. Kau tolong selagi mampu. Marah bila orang cakap buruk tentang kau. Kita kongsi minat yang sama. Buat ape yang kita suka. Setuju dengan apa saja. Tak pernah terlintas sangka buruk. Hati aku, kau jaga. Tak boleh tengok kau bermuram, aku jadi kusut. Tak pernah bosan lepak dengan kau tiap-tiap hari. Ada sahaja perbualan kita. Kata-kata aku, kau terima. Pendapat kau aku sokong. Aku faham kau, kau faham aku. Aku sangat menghargai persahabatan kita.
Sekarang :
Aku jarang bersama kau. Sibuk dengan kerja lain. Hal aku kau tak ambil tahu. Bila aku tanya hal kau, kau jawab, aku suka campur hal kau. Keluar kemana-mana tak ajak aku, biarpun kau kesorangan. Ada masalah kau simpan. Impian dan cita-cita musnah. Mungkin kau ada sebab. Tapi tak ada sebab untuk kau lari daripada aku. Aku jadi tak kenal siapa kau. Makin hari naik muak dengan kebudak-budakan yang melampau. Kau bosan? Aku lagi bosan! Kau hina aku depan orang. Kau jaja rahsia-rahsia aku. Sedikit pun aku tak kisah. Kau anggap ini persaingan. Aku jemu lepak bersama kau. Kosong, tiada apa yang hendak diperkatakan lagi.
Persoalan :
Aku ataupun kau yang sudah berubah?
Harapan :
Walaupun persahabatan kita renggang, dingin dan terputus, aku tetap kawan kau. Mungkin bukan lagi kawan baik tapi cukup sekadar seorang kawan. Memang aku tak mahu kehilangan seorang kawan. Aku maafkan segala salah silap kau dan aku harap kau ampunkan salah silah aku terhadap kau.